sHaRiNG is CaRiNG

Saya ingin berkongsi satu kaedah yang dapat mempercepatkan proses bacaan bagi kanak-kanak. Kaedah ini bukan sahaja cepat dan mudah, malah hanya menggunakan satu langkah, berbanding cara mengeja ataupun fonetik. Kaedah ini dinamakan kaedah pengamatan. Murid atau kanak-kanak tidak disuruh mengeja atau membunyikan huruf, tetapi perlu terus sebut sukukata yang dilihat. So, hari ini saya ingin berkongsi TEKNIK PENGAMATAN ini bagi manafaat kita bersama. Antara ratusan buku yang telah saya lihat dan nilai, saya amat tertarik dengan program EKSPRES-i dan e-Xra. Kedua-dua program ini menggunakan TEKNIK PENGAMATAN dan saya yakin dan pasti kaedah pengamatan amat sesuai dipraktikkan bagi mempercepatkan proses membaca murid-murid pemulihan khususnya. (kaedah ini sesuai diajar seawal kanak-kanak berusia 4 tahun). Buku pertama yang saya nak reccomendkan ialah EKSPRES-i (i = iqra')


MODUL MEMBACA @ RM30
Modul membaca ini mengandungi 85 mukasurat yang dibahagikan kepada 7 modul asas. Ianya disampaikan secara ringkas dan mudah difahami tetapi isinya lengkap dan tersusun. Bermula dengan sukukata terbuka, tertutup, diftong, vokal berganding, mahupun digraf, kesemuanya dimuatkan di dalam modul ini.
MODUL MENULIS @ RM20

Bermula dengan menulis huruf-huruf asas yang paling mudah..diikuti pula dengan huruf yang lebih sukar. Kemudian mereka belajar untuk menulis sukukata yang dipelajari, seterusnya menggabung sukukata menjadi perkataan sebelum menyalin petikan-petikan yang diberi.
Menerusi modul menulis ini, kanak-kanak dilatih untuk menulis dengan saiz yang betul. Ia bukan sahaja boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar kelas pemulihan, malah telah terbukti bahawa kaedah menulis yang digunapakai juga boleh dipraktikkan dengan mudah oleh kanak-kanak berusia 4 tahun!
Selain membantu kanak-kanak menulis dengan baik, modul ini turut menguji kefahaman mereka dalam susunan huruf yang ada dalam membentuk perkataan. Jadi, walaupun anda tidak menggunakan kaedah mengeja dalam mengajar mereka membaca, tetapi anda tidak perlu risau kerana mereka masih boleh menulis perkataan dengan ejaan yang betul dan tepat!
Di akhir modul menulis ini, pelajar juga diberi pendedahan untuk asas tatabahasa agar mereka boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih sempurna.
Modul menulis ini pula mengandungi 70 mukasurat dengan cetakan yang berwarna-warni.

Apa yang istimewa sangat dengan buku ini? Kenapa saya nak reccomend sangat?

1)  Program ini menggunakan kaedah pengecaman sukukata. Menerusi kaedah ini pelajar tidak perlu mengenal huruf atau mengetahui sebutan fonetik. Mereka hanya perlu sebut terus bunyinya.  Jadi ia lebih mudah dan sangat menjimatkan masa.
Contoh, untuk membaca sukukata ja, mereka akan melalui satu langkah sahaja iaitu terus membunyikan 'ja'. Jika menggunakan kaedah mengeja atau fonetik, kanak-kanak perlu melalui 3 langkah iaitu pertama, mengenal huruf atau bunyi 'j', kedua, mengenal huruf atau bunyi 'a', dan ketiga mengetahui bahawa huruf atau bunyi 'j' dan 'a' jika bertemu akan menghasilkan bunyi 'ja'.
Untuk itu, kaedah pengecaman sukukata yang digunakan terbukti lebih mudah dikuasai oleh kanak-kanak kerana ia dapat menghapuskan beberapa langkah asas tadi.

2) Berapa banyak pola sukukata yang ada dalam Bahasa Melayu? Bayangkan berapa ribu yang perlu diingat oleh seorang kanak-kanak berumur 4 tahun bagi membolehkannya membaca dengan baik ? Sudah tentu dia akan menghadapi kesukaran untuk mengingatinya.
Apatah lagi, jika sekadar mengecam sahaja, dia juga  mungkin akan lupa apa yang telah diingatnya. Menerusi EKSPRES-i, teknik imaginasi diperkenalkan bagi membantu kanak-kanak mengecam sukukata asas dengan lebih mudah.
Contohnya, untuk mengecam sukukata 'a' maka kita katakan "yang bulat ni macam 'a'wan". Manakala untuk sukukata 'ba', kita katakan "yang ada perut didepan ini macam 'ba'dan. Jadi dengan kiasan tersebut, kanak-kanak ada sesuatu yang boleh membantu ingatan mereka dalam proses pengecaman.
3) Setelah kanak-kanak dapat mengecam sukukata asas dengan baik, mereka akan diperkenalkan dengan sukukata-sukukata lain. Kali ini, mereka akan mengecam dengan dibantu oleh teknik lenggok bunyi.
Teknik ini sungguh mudah sama ada untuk memperkenalkan sukukata terbuka, tertutup, diftong atau sukukata yang melibatkan gugusan konsonan. Malah, kanak-kanak juga diajak menyanyi supaya mereka boleh mengecam dengan mudah. Sudah tentu ini akan menyeronokkan.

Menarikkan?

Bukan itu sahaja, terdapat banyak petikan-petikan cerita di dalam modul ini bagi mengasah kefahaman pelajar pada setiap pembelajaran baru. Sebuah kisah teladan yang lengkap juga disertakan diakhir modul. Malah, untuk menceriakan suasana pembelajaran, anda juga boleh mengajak kanak-kanak menyanyi lagu Rasa Sayang lengkap dengan pantun-pantun menarik yang direka khusus untuk modul ini.
Jangan risau jika anda tidak tahu bagaimana menggunakan modul ini kerana setiap modul dilengkapi dengan panduan mengajar pada setiap awal modul pembelajaran.  

Hah, menarikkan? Nak order? he...he.. can email me your order : salamatulsalwa@yahoo.com