PROGRAM

PROGRAM PEMULIHAN KHAS
school animationreading animationchild reading imageschool graphics
PENDAHULUAN
    Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah.
    Perbezaan minat, pengalaman,bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau "terbelakang" menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya.Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui program pemulihan khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.

DEFINISI
    Satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

KONSEP
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

OBJEKTIF
 Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
   i)Menguasai kemahiran asas 3 M.
   ii)Meneruskan pembelajaran dikelas biasa/aliran perdana.
   iii)Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
   iv)Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.

MENYUSUN STRATEGI       
  1. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas.
  1. Kenal pasti masalah murid.
  • Kenal pasti punca masalah murid.
  • Menjalin hubungan mesra dengan murid.
  • Menunjukkan penghargaan kepada murid.
  • Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar.
  1. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai.
  • pendekatan bermain sambil belajar.
  • teknik bercerita.
  • teknik latih tubi.
  • teknik bersoal jawab.
  • teknik nyanyian.
  1. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.
  1. Menjalankan aktiviti pengukuhan.
  1. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

CARA MENGENALPASTI MURID PEMULIHAN KHAS
1.      Pemerhatian.
2.      Temubual / soal selidik.
3.      Hasil kerja murid.
4.      Pentafsiran rekod prestasi setengah / akhir tahun (Rekod Profil).
5.      Pentafsiran rekod ujian IPP3M.
6.      Ujian diagnostik.
7.      Ujian bulanan.

PROGRAM LINUS

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2012.

DEFINISI LITERASI
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM LITERASI
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

DEFINISI NUMERASI
Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI
TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka
Konstruk 2 : Keupayaan membilang
Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.
Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.


P1NCH



P1NCH mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan diperkasakan pada tahun 2006. Program ini dilaksanakan di semua sekolah seluruh Negeri Johor bagi memastikan 100% murid celik huruf. Program ini masih diteruskan dan akan ada proses penambahbaikan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa P1NCH wujud diperingkat Negeri, Daerah dan Sekolah. Ia terkandung dalam SKT Guru Besar dan Pengetua serta merupakan salah satu Pelan Strategik JPNJ 2009-2011.

4 Asas Tindakan Rangka Kerja P1NCH

1. HAPUSKAN:
2. KURANGKAN:
3. CIPTA:
4. TINGKATKAN:


.... to be continue...  :D



LINUS ~ dari mata Teacher Salamatul Salwa Abdul Wahab (my personal view)

What is LINUS? Apa itu LINUS? Semasa LINUS diperkenalkan, saya pernah membaca article tentang LINUS. LINUS is a combination of Literation and Numeration. My son, Syed Adam Albar had brought back a LINUS book masa his K2 study (Year 2009). So, kenapa ia dipanggil LINUS? It is because, pendekatan yang diberikan untuk murid adalah gabungan kepada 2 subjek iaitu subjek bahasa dan matematik yang di ajar secara serentak. Di dalam buku tersebut, anak saya belajar bahasa dan matematik secara serentak... Contoh :

I have 5 cars.

One ... Two...Three...Four...Five

Buku dengan gambar yang menarik tersebut mengajar anak saya Bahasa dan Matematik secara serentak! (actually I'd scan the book, but it is in my other lappy.. So, if I got the chance, I will upload it here..)

On Year 2010, buat pertama kalinya LINUS diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara. Pada mulanya memang agak2 pening untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan LINUS ini... Sebab LINUS yang saya tahu merupakan kombinasi Literasi dan Numerasi. Tetapi rupa-rupanya LINUS yang diperkenalkan bukanlah kombinasi antara Literasi dan Numerasi... Tetapi merupakan dua subjek yang dipisahkan... masih seperti pendekatan 3M, cuma diberi nama baru. Caranya masih sama... tapi tak serupa.

Apa bezanya LINUS dengan PEMULIHAN KHAS? Saya mula diberi peluang mengajar murid LINUS Tahun 2 tahun ini (2011) manakala murid Tahun 3 masih meggunakan modul dan soalan pelepasan Pemulihan Khas. Pada mulanya saya 'agak' confuse dengan buku2 LINUS yang dibekalkan untuk Tahun 2. Sukatan Pelajaran Literasi dan Numerasi Tahun 2 sememangnya membuatkan saya ingin memberontak. Rasa tak puas hati sebab sukatannya berterabur. Tidak sama seperti sukatan Pemulihan Khas yang lebih teratur dan mengikut tahap perkembangan kanak-kanak... Sukatan Pemulihan Khas bagi Bahasa Melayu contohnya mengikut perkembangan suku kata. Contohnya dari KV ke KVKV.... dari KVKV ke KVKVKV... dan seterusnya... TETAPI, bagi sukatan Literasi Tahun 2, sukukatanya bercampur aduk... bab-bab awal dah ada KVKK... KVK... tak ikut perkembangan langsung. Jadi, saya menghadapi masalah untuk mengajar jika saya perlu bergantung kepada sukatan LITERASI Tahun 2. Saya bertanya kepada kawan2... Semua jawapan yang diberikan tidak membantu langsung...

Namun demikian... setelah saya membuat ujikaji terperinci... Saya suka sukatan LITERASI... aikk... tadi menyampahlah... tak ikut perkembanganlah... Ha.. tu pasal saya start amik LITERASI Tahun 2. Ok, lets me explain... Actually, murid yang mengikuti LITERASI Tahun 1... ~ yes.. yang ni macam sukatan Pemulihan Khas... Mengikut perkembangan dari a..b..c... kepada perkembangan suku kata... manakala LITERASI Tahun 2 adalah kesinambungan P&P Tahun 1. Jadi sebenarnya, tanggungjawab guru2 yang mengajar LITERASI Tahun 1 adalah untuk menghabiskan sukatan pelajaran LITERASI Tahun 1. Maka, guru yang mengajar LITERASI Tahun 2 dapat menyambung silibus seterusnya. Masalah akan timbul jika guru yang mengajar LITERASI Tahun 1 tidak menghabiskan silibus Tahun 1 tersebut. Sebenarnya, jika murid pemulihan khas sedikit... tak salah mula mengambil murid LINUS Tahun 1... jadi senang nak pantau pencapaian mereka...

Walaubagaimanapun, UJIAN PELEPASAN Program Pemulihan Khas JAUH LEBIH SUSAH dari Ujian LINUS. Contohnya bagi sukukata diagraf 'nga'. Bagi soalan pemulihan khas, gambar yang diberi ialah gambar singa. Suku kata yang diberi ialah 'si'... murid perlu melengkapkan sukukata digraf berdasarkan gambar yang diberikan. Berbeza pula dengan LITERASI. Jika gambar yang diberikan ialah gambar singa, dan suku kata awalan yang diberi ialah 'si'... terdapat 3 PILIHAN JAWAPAN : nga/ngi/ngu. Jadi, murid-murid sebenarnya boleh meng'agak' jawapan berdasarkan pilihan yang diberikan. Jika ini keadaannya, memang murid-murid senang lulus kerana guru boleh memberi penekanan bunyi vokal a,e,i,o,u sahaja.

Semasa Ujian LITERASI 5, ramai anak murid saya melepasi Ujian LITERASI. Namun, saya tahu kemampuan anak murid saya setakat mana. Walaupun jawapan mereka betul, tetapi apabila saya arahkan mereka menulis dipapan DAN TANPA PILIHAN JAWAPAN, mereka tidak dapat menulis atau mengeja dengan betul. Sebagai seorang guru, saya merasa bertanggungjawab keatas kejayaan murid. As a result, walaupun mereka lulus LITERASI, namun saya masih tidak memulangkan mereka ke kelas perdana. Saya minta izin guru arus perdana untuk terus mengajar dan hanya ingin melepaskan mereka apabila mereka benar2 faham dan saya yakin mereka dapat mengikuti pembelajaran dengan baik. TETAPI, tindakan saya 'tidak memulangkan' murid LULUS LITERASI mendapat teguran dari Fasilinus sewaktu Mesyuarat diperingkat daerah. Fasilinus menegur semua guru pemulihan secara keseluruhannya agar tidak menyimpan murid-murid yang telah lulus ujian. Guru Pemulihan perlu memastikan murid-murid yang telah lulus, belajar di kelas arus perdana. Dengan hati yang agak berat, setelah menasihati murid-murid agar lebih gigih,rajin dan sentiasa belajar bersungguh-sungguh dan setelah stresskan bahagian-bahagian mana yang patut, akhirnya saya pulangkan juga murid-murid ke kelas perdana.

Satu lagi beza LINUS dan pemulihan, LINUS tidak mengaplikasikan sistem 'withdrawals'. Murid yang LULUS UJIAN LITERASI, dianggap LULUS dan tidak lagi diuji. Maka, mereka tidak akan masuk lagi ke kelas pemulihan. Sedangkan dalam Program Pemulihan Khas, jika murid masih lemah setelah dipulangkan ke kelas arus perdana, murid masih boleh diambil atau masuk kembali ke program pemulihan khas.

(to be continue)