myT&L

Bahan ABM terbaru from me:

Abchello Kitty


1. Bentuk 3 Dimensi

Hari ini saya ingin berkongsi bahan untuk set induksi bagi subjek Matematik ~ Bentuk 3 Dimensi.
Bagi memenuhi P&P agar lebih menarik, bahan-bahan yang guru perlu sediakan ialah:
a. Kertas Warna
b. Gunting/Pembaris

Introduce your student with Origami Box. Stepsnya seperti dibawah ini:

 Tak beberapa jelas??? ha.ha.. cuba tengok step by step nih:


1. Sediakan kertas warna segi empat sama. (Kalau guna A4 paper, lipat bucu dan gunting lebihan.

2. Kertas segi empat sama dilipat 2.

3. Buka lipatan dan lipat jadi segitiga. Ketemukan bucu penjuru bertentangan.

4. Buat perkara yang sama bagi membentuk garisan lipatan.

5. Taa daaa... bila buka, nampak banyak lipatan macam nih..

6. Lipat penjuru hujung menyentuh pusat kertas, macam gambar diatas.

7. Lakukan perkara (6) bagi kesemua penjuru. Kita akan dapat segiempat kecil seperti diatas.

8. Lipat masuk kedalam segiempat tadi menuju ke pusat.

9. Sekarang kita mendapat segiempat tepat pula.

10. Buka balik sebab motif lipat lepat tadi nakkan garisannya sahaja..he..he..he.. Gotcha!

11. Lipat bucu ke pusat semula.

12. Kemudian, lipat bahagian luar ke pusat. (Macam dalam gambar)

13. Ha.. bila bukak sikit nampak cam gambar kat atas nie..

14. Bahagian nie perlu bagi expert skit. Tengok betul2 dan try lipat...

15.Lipat masuk ke dalam bahagian hujungnya.

16. Buat sama the other side...

17. Taa daaa... dah siap!

***BUAT 2, boleh jadi bekas berpenutup.
 Kalau nak try buat cube boleh tengok sini:



Tapi saya x reccomend buat bentuk cube ni. Telah dicuba dalam kelas.... budak2 keliru sebab bentuk cube, kertasnya dimatikan diluar. Jadi, agak comot sket. Tapi boleh cuba jika nak. Berbeza dengan buat bentuk diatas, murid2 agak teruja dan happy dapat buat... ada juga yang jadikan tong sampah untuk asah pensel. Lagi satu nasihat saya... pastikan cikgu2 expert buat lipat lepat ni... Supaya tak dragggg masa yang lama... Yang penting, murid faham dan pandai! Selamat Mencuba! ;D